BRISTOL 2 MANCHESTER CITY 3
Pep Guardiola sedar pasukan bimbingannya, Manchester City, akan dihakimi menerusi trofi dan bukannya persembahan hebat yang telah mereka hasilkan musim ini apabila mereka menghampiri trofi pertama daripada empat kejuaraan yang menjadi buruan.
Anak buah Guardiola merakamkan kemenangan 3-2 di Bristol City dalam aksi separuh akhir Piala Liga Inggeris (EFL) untuk mara ke perlawanan akhir menerusi agregat 5-3.
Jaringan Leroy Sane dan Sergio Aguero sejurus permainan bersambung memastikan The Citizens dalam kedudukan selesa biarpun Bristol cuba merapatkan jurang menerusi Marlon Pack dan Aden Flint sebelum Kevin De Bruyne meraikan kontrak barunya dengan jaringan lewat.
Selepas musim pertama tanpa trofi, Guardiola mula mengintai gelaran sulung di England berikutan pencapaian gemilang 21 kejuaraan sepanjang mengendali Barcelona dan Bayern Munich sementara Chelsea atau Arsenal merupakan seteru yang menanti dalam perlawanan akhir pada 25 Februari depan.
Justeru, Guardiola akur trofi adalah satu-satunya perkara yang akan menentukan pencapaian City tanpa mengira gaya permainan yang menyaksikan mereka melonjak 12 mata di puncak Liga Perdana Inggeris (EPL).
"Kami sangat gembira layak ke final Piala EFL. Bagi semua orang yang terlibat, ia adalah satu corak permainan yang luar biasa. Permainan seperti ini tidak akan berakhir sampai bila-bila," kata Guardiola kepada Sky Sports sambil menyambut tugasannya yang ke-500 sebagai pengurus.
"Kebangkitan Bristol adalah pengajaran yang baik untuk kami menghadapi Cardiff (dalam pusingan keempat Piala FA) dan Liga Juara-Juara (UCL) -- kami perlu bermain sehingga 90 minit permainan.
"Kita dapat lihat apa yang berlaku selepas 2-0, kami tahu jika kami menjaringkan dua gol, ia akan menjadi lebih mudah.
"Mungkin kami sepatutnya menjaringkan tiga atau empat gol lagi. Ketika permainan berbaki seminit atau dua minit dengan kedudukan 2-2, apa-apa pun boleh berlaku.
"Kami memenangi banyak perlawanan dalam tempoh enam atau tujuh bulan ini. Ia milik kami dan tiada siapa yang boleh merampas apa yang kami lakukan, namun semua pasukan dinilai berdasarkan gelaran yang mereka menang.
"Chelsea dan Arsenal adalah pasukan yang kuat. Apa pun boleh berlaku," hujahnya.