Skip to main content

Bola Sepak

Guardiola tiada masalah tiga bintang utama keluar malam

guardiola.png
Pep Guardiola tidak begitu kisah dengan pendedahan Jack Grealish, Kyle Walker dan Riyad Mahrez yang dilaporkan keluar malam di Manchester sambil bergurau dia cuma kesal kerana tidak dijemput.

Trio City itu dirakam berada di luar sebuah bar di Manchester pada malam hujung minggu lalu dengan dakwaan di media sosial sedang Grealish mabuk.

The Citizens percaya ini adalah laporan palsu dan menurut Manchester Evening News, kelab itu mendapati mereka meninggalkan bar selepas terdapat salah faham dengan kakitangan.

Bulan lalu, Grealish dan Phil Foden diberi amaran tentang kelakuan mereka dan digugurkan selepas keluar malam. 

Tetapi kali ini Guardiola nampaknya tidak mempunyai masalah dengan Grealish, Walker dan Mahrez apabila menegaskan semuanya "sempurna" dan tiada seorang pun daripada mereka yang mabuk.

Bercakap menjelang pertemuan Liga Perdana Inggeris (EPL) dengan Brentford pada awal pagi esok, Guardiola memberitahu wartawan: "Saya sangat kecewa kerana mereka tidak menjemput saya dan saya tidak menyukainya.

“Lain kali, saya harap mereka dapat menjemput saya dan makan malam pada pukul lapan.

"Video itu tidak menunjukkan apa yang berlaku atau tidak berlaku. (Mereka menikmati) makan malam bersama, tenang, berseronok dengan rakan-rakan termasuk beberapa kakitangan bilik tadbir. 

"Jadi, pemain sedar, gara-gara media sosial mereka berdepan risiko apabila keluar.

"Kesemua mereka, sempurna (tidak mabuk]) tetapi mereka akan didenda kerana mereka tidak menjemput saya," katanya sambil tersengih.

Kemudian ditanya sama ada mereka telah dilayan secara tidak adil, Guardiola menjawab: "Dalam kes ini, ya."

Advertisement

Must Watch Video