Skip to main content

Bola Sepak

Guardiola tabik aksi Zinchenko

zinchenko-cropped_gzlnkeb2n8ig154qxr0vp9q84.jpg
Pengurus Manchester City, Pep Guardiola, memuji kelibat Oleksandr Zinchenko sebaik kehadiran pemain itu memudahkan kesulitan di bahagian pertahanan kiri yang menyaksikan Manchester City menewaskan Brighton & Hove Albion 2-0.

Pilihan utama di bahagian tersebut, Benjamin Mendy, bergelut dengan kecederaan metatarsal walaupun terdapat spekulasi mendakwa Guardiola menggantungnya daripada latihan minggu lalu ekoran masalah disiplin.

Lebih meruncing, Fabian Delph turut terpaksa diketepikan menjelang minggu penuh cabaran buat City yang akan berdepan Hoffenheim dalam aksi Liga Juara-juara Eropah, Selasa ini, sebelum bertandang ke laman seteru mereka, Liverpool.

Mendy mahupun Delph, kedua-duanya hampir mustahil dapat dibawa ke Jerman. Ini menyaksikan kelibat Zinchenko akan sekali lagi ditagih barisan kejurulatihan City.

Walaupun bukan pilihan utama, namun Guradiola memuji pemain muda berusia 21 tahun itu yang memaparkan aksi menarik kelmarin.

"Memang hebat," kata Gurdiola memuji aksi Zhinchenko.

"Delph tidak akan dapat beraksi, Mendy pula semakin pulih tetapi saya tidak tahu (sama ada dia mampu beraksi berdepan Hoffenheim).

"Kami tidak boleh lupakan Zinchenko yang banyak membantu pada musim lalu. Dia bermain dengan baik. Semua pemain tahu dia adalah sebahagian daripada kami.

"Tiada siapa sangka Zinchenko akan diturunkan, namun dia beraksi dengan baik. Dia bermain baik sebelum ini (kemenangan Piala EFL berdepan Oxford United), jadi dia berhak mendapat tempat (pada Sabtu)."

Peluang diturunkan dalam perlawanan genting akan melegakan Zinchenko yang sebelum ini menolak perpindahan ke Wolverhampton Wanderers, Ogos lalu.

Pertahanan tengah, Aymeric Laporte, serta bek kanan, Danilo, merupakan pilihan lain yang boleh dipilih Guardiola untuk mengisi kekosongan di bahagian kiri.

Advertisement

Must Watch Video