Pengurus Manchester City, Pep Guardiola percaya jika dirinya masih mengendalikan skuad Barcelona ataupun Bayern Munich, pasti beliau sudah dipecat kerana menamatkan musim tanpa sebarang trofi.
Guardiola meraih 14 kejuaraan di sepanjang empat musim bersama Barcelona dan tiga ketika bersama juara Jerman, Bayern Munich.
Beliau dilihat bakal menamatkan musim pertama di City tanpa sebarang piala, namun menarik nafas lega apabila pihak pengurusan tampak masih mempercayai kredibilitinya mengemudi skuad The Citizens.
"Beberapa kali saya menjelaskan perkara ini. Saya tiba di sini bersama kejayaan yang saya peroleh sebelum ini, dan pasti saya akan melakukan yang terbaik.
"Tekanan pasti wujud tetapi saya perlu mengawalnya, atau saya sekadar pulang ke rumah," jelas Guardiola ketika sidang media.
"Saya masih di sini bukan kerana saya Pep atau apa yang saya raih sebelum ini. Saya tahu apa yang perlu diperbaiki."
"Tekanan yang saya terima ketika tiba di Barcelona dan Bayern Munich adalah berlainan. Jika anda tidak memenangi sebarang perlawanan dalam enam bulan di sana, anda pasti akan dipecat. Mereka tidak akan memberikan peluang kedua jika anda gagal."
"Di sini, mereka memberikan saya peluang dan kami akan mencuba semula. Kami akan melakukan dengan lebih baik musim depan."