Pep Guardiola mendakwa Rodri mampu beraksi di posisi tengah bertahan buat Manchester City selama sedekad.
City memecahkan rekod perpindahan kelab apabila mengaktifkan klausa pelepasan bernilai GBP62.5 juta (RM318 juta) dalam kontrak Rodri di Atletico Madrid.
Pemain Sepanyol itu tampil cemerlang ketika pramusim sambil skuad kendalian Guardiola, City, melengkapkan kempen pemanas badan menjelang musim 2019-20 dengan kemenangan 3-1 ke atas Yokohama F. Marinos semalam.
Kevin De Bruyne menyumbat gol pembukaan sebelum mencipta bantuan gol buat Raheem Sterling dan Lukas Nmecha mengesahkan kemenangan menerusi gol ketiga.
City kini melakukan persiapan bagi menghadapi aksi Perisai Komuniti berdepan Liverpool minggu depan sambil Guardiola menjangkakan Rodri akan menyinar.
"De Bruyne sekali lagi beraksi cemerlang," katanya.
"Penting untuk memiliki kualitinya dalam melakukan hantaran terakhir ketika berdepan benteng yang berada di posisi lebih tinggi.
"Namun, Rodri begitu cemerlang. Kami tahu mengenainya tetapi berdasarkan semalam, saya boleh berkata kepada anda bahawa kami akan memiliki seorang pemain tengah bertahan yang hebat selama sedekad atau sekurang-kurangnya beberapa tahun mengikut kontraknya.
"Bernardo Silva kembali ke prestasi asal, begitu juga Sterling. John Stones dan Aymeric Laporte kembali. Mereka beraksi dengan cemerlang."
City dilihat tidak beraksi di tahap terbaik ketika berdepan Yokohama tetapi Guardiola tidak peduli tentang perkara itu.
"Saya tahu saya lebih mengenali mereka, jadi saya tidak perlu risau apa yang mereka lakukan," tambah pengendali itu.
"Saya tidak bercakap tentang kemenangan atau kekalahan tetapi sebagai contoh, perlawanan semalam berdepan kelab Liga J1, kami laluinya dengan dinamik dan saya tidak meragui bahawa pasukan akan bersedia.
"Perlawanan itu agak sukar dan ia ujian terbaik untuk kami, bukan hanya menghadapi Liverpool tetapi permulaan musim.
"Bagus buat kami menghadapi perlawanan seperti ini kerana jika anda tidak bertindak seperti sepatutnya, mereka memiliki kualiti dan memgambil banyak risiko. Mereka bermain dengan pantas dan bagus, jadi kami berdepan masalah."