Skip to main content

Bola Sepak

Guardiola puji persembahan Kompany

8517vincentkompanychristianbenteke.jpg
Ketiadaan pertahanan, Vincent Kompany, kerana dibelenggu  masalah buat Manchester City sebelum ini dan pengendali pasukan, Pep Guardiola, memberikan pujian kepada pemain itu di atas persembahannya ketika menewaskan Crystal Palace 5-0, kelmarin.

Kompany menjaringkan gol di Stadium Etihad buat pertama kali pertama sejak Ogos 2015 ketika menyudahkan hantaran Kevin De Bruyne dalam separuh masa kedua.

Pertahanan berusia 31 tahun itu telah menyempurnakan aksi 90 minit dalam enam perlawanan Liga Perdana Inggeris (EPL) -- menyamai rekodnya pada musim lalu.

City bergelut mempamerkan aksi yang ampuh sebelum ini dan kehadiran Kompany menyaksikan mereka kini tidak dibolosi dalam tiga perlawanan.

"Ia merupakan satu persembahan yang mantap," kata Guardiola.

"Dia telah kembali berlatih secara biasa dan bermain satu perlawanan. Terdapat perkembangan di dalam prestasinya.

"Kompany sekali lagi beraksi selama 90 minit. Ia merupakan sesuatu yang tidak berlaku dalam tempoh yang agak lama.

"Saya tidak bercakap dengannya tetapi saya pasti (bekas pengendali Man City) Manuel Pellegrini amat merindui kelibatnya musim lalu.

Kemenangan ke atas Palace mengukuhkan peluang City untuk beraksi di pentas Liga Juara-Juara (UCL), sementara Liverpool seri dengan Southampton dan Manchester United tewas kepada Arsenal.

Advertisement

Must Watch Video