MAN CITY 1 ATLETICO 0
Pep Guardiola mengakui peranan utama yang dimainkan Kevin De Bruyne bersama Manchester City yang menyaksikan pemain Belgium itu meledak gol kemenangan dalam penampilan Liga Juara-Juara (UCL) ke-50 bersama kelab berkenaan.
City membawa bekalan 1-0 untuk pertemuan timbal balik di Wanda Metropolitano, minggu depan, selepas De Bruyne merembat masuk hantaran pemain gantian, Phil Foden, pada minit ke-70.
Gol itu menjelma selepas Guardiola memasukkan Foden, Jack Grealish and Gabriel Jesus bagi menambah tekanan ke atas kubu pelawat.
“Ia adalah satu perlawanan yang rumit menentang lawan yang sukar,” kata Guardiola.
Pengurus Atletico, Diego Simeone, menyifatkan City sebagai pasukan terbaik di dunia apabila mereka saling hormati pendekatan taktikal masing-masing. Namun, bagi Guardiola anak buahnya tidak mempunyai rentak yang tepat dalam separuh masa kedua hingga mendorongnya untuk melakukan perubahan.
Menurutnya: "Ia adalah satu keputusan yang baik, bernasib baik. Pada akhirnya kami mempunyai satu atau dua peluang lagi menerusi Kevin untuk menambah gol, tetapi walaupun dengan keputusan 1-0 atau 2-0, untuk bertandang ke Madrid sentiasa sukar.
"Tetapi ini satu keputusan yang baik, kami memenangi perlawanan kali ini."
Pengurus berbangsa Sepanyol itu kemudian mengalihkan fikirannya kepada De Bruyne, pemain tengah yang terpaksa menggalas tugas sebagai sebagai penyerang nombor sembilan untuk sebahagian besar perlawanan.
"Saya rasa dia sedang berada dalam detik terbaik musim ini.
"Dia memiliki ketajaman, pantas, positif, pengaruhnya terhadap permainan kami sangat besar. Dia menghasilkan satu gol yang luar biasa menerusi kombinasinya dengan Phil."
De Bruyne melancarkan lima percubaan berbahaya termasuk memasak Jan Oblak bertindak tangkas untuk menepis satu sepakan percuma sebelum jaringan itu tiba.
Visi dan lorongan licik Foden untuk menemui larian De Bruyne juga turut mengagumkan Guardiola.
"Dia mempunyai kualiti istimewa. Sentuhan pertamanya adalah cukup penting," katanya lagi.
“Dia mempunyai ketenangan untuk membuat umpanan yang luar biasa kepada Kevin.
"Dari mula lagi kami sedar apabila permainan kami agak mendatar, Gabriel dan dia dapat mengubah senario perlawanan sebaik Atletico mula keletihan. Dengan adanya Jack, kami dapat terus mengawal permainan. Kami mampu melakukannya kerana mereka beraksi cemerlang."

Let’s finish it off next week! ?? pic.twitter.com/mkj6pXx5SV
— Kevin De Bruyne (@DeBruyneKev) April 5, 2022