MANCHESTER CITY 2 DINAMO ZAGREB 0
Kesungguhan dan keinginan yang ditunjukkan Raheem Sterling untuk menjaringkan gol menambahkan keyakinan Pep Guardiola bahawa bintang Manchester City itu masih mempunyai banyak ruang untuk meningkat.
Pemain sayap England itu masuk sebagai pemain gantian untuk memecahkan kekebalan benteng pertahanan Dinamo Zagreb dalam perlawanan Kumpulan C, Liga Juara-Juara Eropah di Stadium Etihad awal pagi tadi.
Selain itu, dia turut membantu jaringan seorang lagi pemain gantian, Phil Foden, untuk memutlakkan kemenangan 2-0 pasukannya dalam waktu kecederaan.
Pemain berusia 24 tahun itu telah menjaringkan sembilan gol dalam kesemua kejohanan musim ini -- di landasan terbaik untuk mengulangi pencapaian 25 jaringan musim lalu.
"Saya sudah katakannya berulang kali bahawa dalam tempoh beberapa tahun lagi, dia akan menjadi pemain yang lebih baik berbanding hari ini," kata Guardiola, yang pasukannya turut meraih kemenangan 3-0 ke atas Shakhtar Donetsk dalam perlawanan pembukaan.
"Keinginannya, cara dia masuk ke padang, dia mencari sentuhan pertama dan terus menyerang untuk berdepan dua pertahanan lawan.
"Dia amat agresif dan semua penonton katakan 'wow'.
"Raheem seorang pemain yang sentiasa berada di sana. Dia amat berbakat. Dia gemar menjaringkan gol. Setiap hantaran lintang, anda sentiasa mempunyai perasaan seperti itu," katanya.
Ia membuktikan bahawa Sterling kini pemain berbeza berbanding ketika kali pertama Guardiola menjadi jurulatih pasukan itu pada 2016.
Ketika itu, setiap kesilapan yang dilakukan Sterling pasti akan mengganggu rentaknya sepanjang perlawanan.
Perkara itu telah dibuktikannya ketika menewaskan Everton 3-1 dalam Liga Perdana Inggeris hujung minggu lalu.
"Beberapa hari lalu, sewaktu dia terlepas peluang ketika bertemu Everton, dia tidak kecewa dan tidak memikirkan tentang kesilapan yang dilakukan itu.
"Dia hanya memikirkan tentang peluang lain yang akan tiba.
"Itulah kekuatan Raheem.
"Dalam musim pertama kami di sini, dia bermain dengan amat bagus tetapi untuk menjaringkan gol, dia seperti tiada keinginan.
"Kini, dia memiliki setiap pergerakan itu. Dia mendapatkan bola untuk menghasilkan percubaan dan gol.
"Hantarannya kepada Phil amat sempurna. Dia melakukan keputusan yang tepat dengan menggunakan gerakan awal Riyad (Mahrez) juga. Ia amat baik.
"Tetapi saya fikir masih ada ruang untuk diperbaikinya untuk menjadi lebih kemas.
"Apa yang penting, dia berada di sana pada setiap masa.
"Itulah yang menjadi penyebab dia menjaringkan banyak gol dalam dua musim ini," tambahnya.