Pengurus Manchester City, Pep Guardiola, menegur Arsene Wenger, dengan memberitahu pengendali Arsenal itu untuk memenangi lebih banyak perlawanan daripada mengambil kisah mengenai pasukan lain.
Wenger mengeluh apabila beberapa pasukan sudah tidak lagi bersaing bagi musim Liga Perdana Inggeris (EPL) berbanding Arsenal yang sedang berusaha untuk menamatkan saingan dalam kelompok empat terbaik.
Pengendali kelahiran Perancis itu mengeluarkan kenyataan beliau mahu Liverpool gagal, sebaliknya The Reds meraih kemenangan 4-0 ke atas West Ham.
Guardiola dan City yang bakal menerima kunjungan West Brom, tidak senang hati dengan Wenger.
"Saya tidak memahami pengurus-pengurus lain bercakap mengenai pasukan lain. Tanyalah kepada Wenger, bukan saya," kata Guardiola.
"Pemain-pemain telah ditugaskan untuk untuk memberikan fokus kepada pasukan mereka.
"Saya tidak pernah melihat satu pemain sepanjang hidup saya yang turun beraksi dan cuba untuk tidak memenangi perlawanan selepas mencapai sasaran.
"Jadi, jika anda tidak mahu perkara ini berlaku, berusahalah lebih lagi untuk memenangi lebih banyak perlawanan."
Di belakang Chelsea dan Tottenham, Liverpool (73 mata, 37 perlawanan), City (72, 36) dan Arsenal (69, 36) masih dalam persaingan untuk memburu tempat ketiga dan keempat.
Guardiola berkata Wenger tidak perlu merungut kerana bakal berdepan pasukan yang telah tersingkir, Sunderland dan Everton, yang tidak boleh berganjak daripada kedudukan ketujuh dalam dua perlawanan terakhir.
"Dia berdepan Everton dan Sunderland, bukan? Cabaran buat kedua-dua pasukan sudah berakhir, bukan? Satu sudah tersingkir dan satu lagi pasukan di dalam kedudukan beraksi dalam Liga Europa.
"Jadi, jika anda tidak mahu mengeluh, berikan aksi yang lebih baik musim hadapan dan anda tidak akan menghadapi masalah ini."