Pengurus Manchester City, Pep Guardiola, menganggap Liverpool, yang dikendalikan Jurgen Klopp, merupakan lawan paling sukar dalam pemburuan kejuaraan liga sepanjang kariernya.
City kini melewati musim paling sengit dalam Liga Perdana dengan The Reds hanya ketinggalan satu mata menjelang dua perlawanan terakhir.
Bekas pengendali Barcelona dan Bayern Munich itu sudah terbiasa meraih kejuaraan liga dengan telah menjulang empat kejuaraan liga utama Eropah sepanjang kariernya, namun mengakui Liverpool merupakan lawan yang paling sukar berbanding Borussia Dortmund dan Real Madrid sebelum ini.
"Dalam saingan liga, benar mereka adalah lawan paling sukar.
"Setiap kali anda memenangi kejuaraan liga, ia amat indah dan sentiasa sukar, namun kali ini yang paling utama," katanya kepada Sky Sports News.
"Terutama tentang kedudukan anda sebelum ini, meraih 100 mata dan masih mampu untuk mengulanginya.
"Ia sukar untuk atlet mengekalkan tahap itu bagi tempoh yang panjang dan kami berjaya melakukannya sekali lagi."
Guardiola sedang berusaha untuk menjulang kejuaraan liga berturut-turut buat kali pertama dalam sejarah City dan percaya tahap ketekalan pasukan itu amat mencabar untuk dikekalkan dengan mentaliti kemenangan.
"Pemain terhebat, apabila mereka membersihkan badan selepas tamat perlawanan, mereka akan memikirkan tentang perlawanan yang seterusnya.
"Itulah sukan. Mereka yang hadir ke Stadium Etihad musim ini tidak akan mengingati betapa hebatnya kami musim lalu kerana ia sudah berlalu.
"Musim depan juga begitu. Apabila saya duduk di sini hanya untuk mengingati apa yang telah kami lakukan sebelum ini, saya akan terus meletakkan jawatan.
"Txiki (Begiristain) mungkin berkata 'anda perlu menukar pengurus'.
"Kelab besar sentiasa memikirkan kejayaan yang seterusnya," katanya.