NORWICH CITY 0 MANCHESTER CITY 4
Raheem Sterling menjadi tumpuan pujian Pep Guardiola selepas penyerang Manchester City itu melakar hatrik sewaktu menewaskan Norwich City 4-0 dalam perlawanan Liga Perdana Inggeris (EPL) di Carrow Road awal pagi tadi.
Selepas membuka jaringan dengan gol kaki kanan dari jarak jauh, Sterling kemudian menanduk masuk lintangan Ruben Dias sebelum melakukan penyudah kaki kiri selepas sepakan penaltinya ditahan penjaga gol The Canaries, Angus Gunn.
Ia memberikan pemain kebangsaan England itu hatrik sempurna dan memastikan City kini berkelebihan 12 mata di tangga teratas EPL.
Sterling kini telah terlibat dengan 10 gol (lapan jaringan dan bua bantuan) dalam lapan perlawanan terakhir EPL menentang Norwich dan dia juga telah mendaftarkan lima jaringan hatrik dalam saingan liga sejak menyertai kelab itu pada 2015.
Dia menjadi pemain ketiga City melakar hatrik sempurna dalam EPL selepas Edin Dzeko dan Sergio Aguero (dua kali) dan tiada pemain lain menjaringkan hatrik lebih banyak berbanding Sterling daam kejohanan itu -- tiga yang terakhir dilakukannya di gelanggang lawan.

"Dia beraksi dengan amat baik," kata Guardiola, 51, mengenai Sterling, yang merupakan penjaring terbanyak City dalam saingan liga musim ini dengan 10 gol.
"Terutama selepas jaringan pertama, dia amat agresif dan bermain secara terus.
"Dia menghasilkan gol pembukaan yang luar biasa dan berada di tempat yang tepat untuk jaringan kedua.
"Dia sememangnya pemain yang penting sepanjang beberapa musim ini dengan jumlah gol dan bantuan yang dilakukannya. Dia sentiasa menghasilkan sesuatu.
"Apabila dia berasa yakin, dia benar-benar pemain yang amat penting," katanya.