Pep Guardiola yakin juara bertahan Liga Perdana Inggeris, Manchester City, akan bangkit untuk mencabar gelaran dengan juara berpotensi, Liverpool dan Chelsea.
City kembali menemui rentak kemenangan menerusi gol daripada tonggak England, Raheem Sterling dan Kyle Walker, untuk menundukkan Newcastle United di Stadium Etihad -- tujuh hari selepas seri 1-1 di Wolves.
Liverpool dan Chelsea mengekalkan rekod 100 peratus mereka pada awal kempen ini, termasuk Watford yang mengejutkan Tottenham 2-1 awal pagi tadi, senario itu menjadi petanda awal bahawa skuad juara bertahan Guardiola musim lalu akan berdepan misi yang lebih mencabar.
"Pada waktu yang sama musim lalu, kutipan matanya juga serupa," kata bekas pengurus Barcelona dan Bayern Munich itu kepada pemberita.
"Pencabar kami memungut lebih banyak mata, kemudian Chelsea dan Liverpool keciciran mata. Kami tahu (kualiti mereka).
"Kami mahu mendapatkan tahap terbaik tetapi saya sangat terkejut dengan apa yang berlaku pada musim lalu."
City tidak berdaya untuk menyekat DeAndre Yedlin daripada menyamakan kedudukan untuk Newcastle dalam serangan balas -- ruang di mana mereka juga kelihatan lemah di Molineux.
Bagaimanapun, Guardiola berpuas hati dengan apa yang telah disaksikannya sepanjang empat perlawanan selepas beliau mengubah kakitangan dan formasi.
"Apabila anda kembali dari Piala Dunia Russia, anda tidak akan tahu bagaimana anda akan bertindak balas daripada segi konsistensi," katanya.
"Kami menewaskan Chelsea dalam perlawanan Perisai Komuniti dan secara umumnya dalam empat perlawanan, kami lebih baik daripada pasukan lain. Itulah yang kami hajati: menjadi lebih baik.
"Untuk menjadi lebih baik adalah dengan mengawal, mencipta lebih banyak peluang dan kurang dibolosi. Dalam empat perlawanan -- termasuk Perisai Komuniti -- itulah yang berlaku."
Guardiola yakin prestasi terbaik pasukannya belum dijelmakan lagi, termasuk Liverpool dan Chelsea, yang kini dikendalikan Maurizio Sarri yang bebas daripada komitmen aksi Eropah.
"Kami akan bertambah baik," katanya. "Ia sesuatu yang hampir mustahil selepas Piala Dunia, selepas apa yang berlaku musim lalu untuk semua pemain dan orang untuk berada dalam keadaan terbaik.
"Kami memerlukan lebih banyak masa dan selepas rehat antarabangsa, saingan musim ini akan menjadi sibuk dengan perlawanan akan diadakan setiap tiga hari.
"Apa yang perlu kami lakukan adalah apa yang sepatutnya -- cuba menjadi lebih baik daripada pihak lawan dalam setiap permainan, mengikuti setiap arahan dan perancangan.
"Dalam tempoh ini, kami telah mengharungi lima perlawanan rasmi. Ikutkan kami ingin mencetak lebih banyak gol dan kami mencipta banyak peluang."