Skip to main content

Bola Sepak

Guardiola harap United julang UEL

7517pepguardiola.jpg
Pengendali Manchester City, Pep Guardiola, berharap Jose Mourinho akan membawa Manchester United untuk menjuarai Liga Europa (UEL).

City mengukuhkan kedudukan mereka untuk mengakhiri saingan Liga Perdana Inggeris (EPL) dengan meraih kemenangan 5-0 ke atas Crystal Palace di Stadium Etihad, malam tadi. 

Jaringan gol hadir daripada David Silva, Vincent Kompany, Kevin De Bruyne, Raheem Sterling dan Nicolas Otamendi untuk meletakkan City di atas Liverpool di tangga ketiga dengan perbezaan jaringan.

United kini ketinggalan empat mata di tangga kelima menjelang aksi berdepan Arsenal, dengan Mourinho dijangka merombak pasukan untuk merehatkan pemain-pemain untuk memberikan tumpuan kepada perlawanan separuh akhir kedua berdepan Celta Vigo. 

Sepakan percuma Marcus Rashford memastikan United meraih kemenangan 1-0 di tempat lawan dan Guardiola berharap United menjulang UEL. 

"Kami memiliki empat pasukan yang bersaing untuk mendapatkan dua tempat," kata Guardiola.

"Saya berharap United memberikan fokus untuk UEL dan musim hadapan kami mempunyai lima kelab Inggeris yang beraksi di Eropah."

Silva kembali beraksi selepas pulih daripada kecederaan pangkal paha yang dialaminya ketika tewas kepada Arsenal dalam aksi separuh akhir Piala FA dan menjaringkan gol pertama perlawanan, manakala De Bruyne diangkat sebagai pemain terbaik perlawanan apabila menghasilkan dua bantuan dan menjaringkan satu gol.

"Silva memulakan perlawanan dengan baik, jaringannya mencorakkan keputusan perlawanan ini."

Advertisement

Must Watch Video