Pep Guardiola mengakui bahawa dia tidak tahu sama ada Raheem Sterling akan menandatangani kontrak baru dengan Manchester City atau tidak tetapi dia akan gembira sekiranya penyerang itu memilih untuk kekal dengannya.
Sterling meledakkan hatrik sempurna ketika City menewaskan Norwich City 4-0 awal pagi semalam, di mana dia menghasilkan penyudah dengan menggunakan kaki kanan, kiri dan kepala untuk kini mengumpulkan 10 gol dalam saingan Liga Perdana Inggeris musim ini.
Pemain kebangsaan England itu hanya memiliki tempoh 18 bulan dalam baki kontraknya d Stadium Etihad dan pernah meluahkan hasratnya untuk beraksi di luar negara.
Menjelang kunjungan City ke laman pasukan gergasi Portugal, Sporting, awal pagi Rabu ini, Guardiola memuji sumbangan Sterling tetapi menegaskan kelab lain pasti akan mula mengadakan pebincangan untuk mendapatkan penyerang itu.
"Apa yang saya mahukan adalah yang terbaik buat pemain. Saya gembira jika mereka gembira tetapi soal kontrak bukan urusan saya. Saya tidak pernah terlibat dengannya.
"Saya mengenali Raheem selama enam musim. Musim ini, dia telah beraksi cemerlang dengan banyak gol dan bantuan jaringan, dan sumbangannya buat pasukan ini.
"Pasti akan ada naik dan turun, masalah pasti akan tiba, itu sebahagian daripada hidup kita. Ini bukan waktu bulan madu. Akan sentiasa ada masalah yang anda perlu selesaikan.
"Tiada siapa meragui betapa pentingnya untuk mengekalkan Sterling. Jika kita mengira setiap perlawanan yang dia diturunkan sejak menyertai kami, ia amat banyak, dia memang pemain tonggak.
"Saya tidak tahu apa yang akan berlaku pada masa akan datang kerana kelab ini yang akan menentukannya.
"Tentang melanjutkan kontrak pemain, saya sudah pasti akan memberikan pandangan saya tetapi kelab ini yang akan menentukannya," katanya.

Great win on the road and always happy with another clean sheet! @sterling7 congrats on the hattrick ? Come on City! ? pic.twitter.com/cKVoyZq4on
— Nathan Aké (@NathanAke) February 12, 2022