Skip to main content

Bola Sepak

Guardiola: City tidak terkesan dengan perang psikologi Klopp

guardiola.jpg
Pep Guardiola tidak percaya Manchester City terkesan dengan perang psikologi oleh pengurus Liverpool, Jurgen Klopp.

Liverpool kembali ke puncak Liga Perdana Inggeris (EPL) semalam menerusi kemenangan 5-0 ke atas Huddersfield Town.

Nasib City kekal dalam tangan mereka dan jika tidak mencicirkan sebarang mata dalam baki tiga perlawanan, skuad bimbingan Guardiola itu bakal ditabal juara tidak mengira apa keputusan yang diraih Liverpool.

Klopp tidak menjangkakan City akan kehilangan mata dalam pertemuan 'derby' Manchester, selepas penyandang juara itu menang 2-0, dan Guardiola enggan terpalit dalam hal berkenaan ketika pengurus Liverpool itu sedang mencari jalan untuk melancarkan perang psikologi.

"Saya tidak tahu, mungkin dia lebih yakin dengan kemenangan City berbanding kami," kata Guardiola.

"Saya tidak pasti kami mampu menang di Old Trafford. Mungkin kami seperti memberikan keyakinan kepada lawan. Segalanya dalam tangan kami tetapi kami tidak boleh terlalu memikirkannya. City perlu menang baki perlawanan untuk muncul juara.

"Liverpool akan membuat perkara yang sama untuk mengatasi kami.

"City menang 11 perlawanan berturut-turut dan setiap perlawanan menjadi lebih sukar kerana tekanan yang semakin meingkat," katanya.

City meletakkan sasaran untuk menjadi pasukan pertama mempertahankan kejuaraan EPL sejak Manchester United melakukannya pada 2009 tetapi Guardiola percaya pasukannya sudah mempamerkan peningkatan berbanding musim lalu.

"Saya berasakan kami telah melepasi tahap terbaik kami.

"Mempertahankan kejuaraan adalah sesuatu yang manis tetapi aksi konsisten yang dipamerkan adalah kunci kejayaan pasukan."

Advertisement

Must Watch Video