Manchester City tidak boleh kehilangan sebarang mata sepanjang baki perlawanan musim ini andai mahu mempertahankan kejuaraan Liga Perdana Inggeris, kata Pep Guardiola.
City kembali ke puncak liga selepas menewaskan Cardiff City 2-0 di Stadium Etihad semalam dengan tiga mata yang diperoleh itu membolehkan mereka memintas Liverpool.
Hanya satu mata membezakan kedua-dua pasukan itu selepas 32 perlawanan musim ini dan Guardiola sedar Liverpool akan terus menantikan pasukannya keciciran mata bagi menidakkan pemburuan empat kejuaraan mereka.
"Kami dapat rasakan bahawa jika kami keciciran mata, kami tidak akan bergelar juara," katanya kepada wartawan.
"Jadi, saya tidak tahu bagaimana anda akan tulis, namun kemenangan ke atas Cardiff seperti yang semua orang katakan, ia akan menjadi perlawanan mudah.
"Cara kami bermula, komitmen dalam setiap perincian, sepakan penjuru, lontaran ke dalam, fokus yang kami perlu berikan dan apa yang mengejutkan saya adalah jumlah jaringan kecil yang kami hasilkan daripada deretan peluang yang kami peroleh, terutama dalam babak kedua.
"Jadi, kami sepatutnya menjaringkan lebih banyak gol dan itulah yang mengecewakan kami," katanya.
Kecederaan yang dialami Oleksandr Zinchenko merupakan satu-satunya perkara negatif yang hadir dalam kemenangan mereka ke atas Cardiff.
Guardiola masih tidak pasti sama ada pemain berusia 22 tahun itu akan bersedia untuk diturunkan dalam aksi separuh akhir Piala FA menentang Brighton and Hove Albion, hujung minggu ini.
"Dia tidak kelihatan baik untuk beberapa hari akan datang.
"Dia telah memberikan segala-galanya dan merupakan pemain penting kami.
"Dia tahu mekanisme pasukan ini, dia tahu cara yang kami inginkan untuk dia bermain.
"Anda perlu menerimanya dan kami akan mencari jalan penyelesaian.
"Saya tidak pasti siapa yang akan diturunkan kerana Danilo juga berusaha keras untuk memenangi posisi itu.
"Namun, ia bukanlah posisi utamanya. Kita akan lihat keputusan itu apabila kami beraksi dalam Piala FA," katanya.
Benjamin Mendy mungkin boleh diturunkan, namun Guardiola masih menilai tahap kecergasan pemain kebangsaan Perancis itu dengan menambah: "Kami akan melihat bagaimana keadaannya. Dia kini sudah mula berlatih dan kami tidak mempunyai banyak pilihan."