Skip to main content

Bola Sepak

Guardiola: City tidak akan tertekan dengan Liverpool

pepguardiola.jpg
Pengurus Manchester City, Pep Guardiola, menegaskan pasukannya tidak akan tergugat dengan tekanan Liverpool dalam saingan mengejar gelaran Liga Perdana Inggeris (EPL).

City – yang sudah menjuarai Piala EFL -- mara ke final Piala FA selepas mengatasi Brighton and Hove Albion 1-0 di Wembley semalam dalam misi untuk menjuarai empat trofi musim ini.

Skuad kendalian Guardiola itu kini di tangga kedua liga, dua mata ketinggalan kepada Liverpool, namun memiliki kelebihan satu perlawanan dalam tangan.

Ditanya mengenai impak psikologi terhadap pemain-pemainnya selepas Liverpool merakamkan kemenangan 3-1 ke atas Southampton semalam, Guardiola membalas: "Kosong.

"Saya berpendapat kemenangan akan memberikan keyakinan kepada Liverpool, bukan untuk kami. Saya mengetahui Liverpool akan memenangi setiap perlawanan.

"Untuk menjadi juara, kami perlu memenangi kesemua perlawanan."

City selepas ini akan membuat persiapan menghadapi Liga Juara-Juara (UCL) berdepan Tottenham dalam perlawanan suku akhir awal pagi Rabu ini.

Advertisement

Must Watch Video