Pep Guardiola berkeras Manchester City perlu mempertingkatkan lagi mutu permainan selepas melengkapkan kejuaraan 'treble' domestik dengan menjuarai Piala FA, awal hari ini.
City mengatasi Watford 6-0 di Wembley bagi melengkapkan kejuaraan tiga gelaran dalam satu musim di samping menyamai keputusan kemenangan terbesar dalam aksi final Piala FA.
Tetapi Guardiola menegaskan City tidak boleh berpuas hati dengan pencapaian mereka musim ini sambil menjelaskan hasratnya untuk menjadi lebih unggul musim depan.
"Kami perlu," kata Guardiola.
"Ruang sentiasa ada untuk mempertingkatkan lagi mutu permainan. Jika kami tiada peningkatan, ia tidak masuk akal.
"Ini merupakan kali pertama satu pasukan dalam saingan bola sepak Inggeris memenangi tiga gelaran. Jika kami boleh melakukannya, pasukan lain juga sama, tetapi kami adalah yang pertama.
"Sememangnya ia merupakan aksi final yang menakjubkan buat kami. Musim ini berakhir dengan baik untuk kami. Tahniah kepada pasukan, terutama pemain-pemain, kerana mereka adalah penyumbang terbesar kejayaan ini," tambahnya.
David Silva dan Gabriel Jesus meletakkan City mendahului 2-0 dalam separuh masa pertama, dengan Watford berpeluang untuk mengubah rentak permainan tetapi percubaan Roberto Pereyra berjaya dinafikan Ederson.
Penampilan Kevin de Bruyne dalam separuh masa kedua mematahkan setiap usaha Watford selepas merencanakan kemenangan bergaya City,
"Dalam aksi final sebegini, aksi cemerlang penjaga gol memainkan peranan besar.
"Dia berjaya menafikan percubaan awal daripada pasukan lawan. Mereka hampir mendahului kami dan ia akan menyukarkan perjalanan perlawanan ini. Tetapi selepas kami menjaringkan gol yang kedua, segalanya memihak City," katanya lagi.