Pep Guardiola tidak percaya pemain-pemain Manchester City akan berada di tahap kecergasan terbaik selepas berakhir aksi perlawanan antarabangsa bulan depan.
City memulakan kempen mempertahankan gelaran Liga Perdana Inggeris (EPL) dengan penuh bergaya berikutan kemenangan 2-0 dalam aksi pembukaan berdepan Arsenal sebelum mengatasi Huddersfield Town 6-1.
Tetapi mereka dihimpit masalah kecederaan serius dengan Kevin De Bruyne (lutut) dan Claudio Bravo (buku lali) tidak dapat beraksi.
Menjelang aksi berdepan Wolves, Guardiola melihat pasukannya masih lagi berusaha untuk mendapatkan tahap terbaik selepas berakhirnya saingan Piala Dunia 2018.
"Masalah buat kami adalah belum berada di tahap kecergasan terbaik," katanya.
"Terdapat pemain-pemain yang mengalami masalah kecederaan otot. Bravo, De Bruyne dan Fernandinho mengalami kecederaan serius dan tidak dapat diturunkan.
"Kami masih belum berada di tahap terbaik, jadi kami berusaha meraih mata maksimum hingga bulan depan sebelum seluruh pasukan pulih sepenuhnya."
Pemain berpengalaman City, David Silva, mempamerkan aksi cemerlang ketika berdepan Huddersfield dengan menjaringkan gol menerusi sepakan percuma.
"Pertama sekali, Guardiola banyak membantu saya," kata Silva.
"Dengan segala apa yang berlaku, dia memberikan saya kebebasan, jadi saya akan sentiasa menghargai beliau.
"Yang kedua, apabila beraksi di atas padang, Guardiola memudahkan tugas saya. Beliau melihat segala-galanya sebelum ia berlaku."