Pep Guardiola kini terserah kepadanya untuk kembali menghidupkan semula perjuangan Manchester City pada musim ini.

Jaura 'treble' agak goyah dalam beberapa minggu kebelakangan ini apabila mencatat beberapa keputusan seri Liga Perdana Inggeris (EPL) berturut-turut di tangan Chelsea, Liverpool dan Tottenham diikuti kekalahan di Aston Villa, pertengahan minggu ini.

City berharap untuk kembali ke landasan kemenangan apabila mereka bertandang ke Luton malam ini.

Pengurus itu berkata: “Saya mampu. Saya meletakkan tekanan tinggi ke atas diri sendiri. Saya akan membantu pasukan. Saya tidak tahu bagaimana tetapi saya akan membantu kebangkitan pasukan.

“Adakah ia mencukupi? Saya tidak pasti. Pencabar kami begitu handal tetapi itulah sebabnya saya perlu bersedia dan saya perlu mempunyai perasaan seperti ini.

“Saya tidak pernah jumpa seorang pemain bola sepak yang apabila mereka turun ke padang, mereka tidak mahu bermain dengan baik, tidak mahu berlari, tidak mahu bergaduh atau tidak mahu bersikap positif untuk pasukan mahupun untuk kejayaan.





“Tetapi kadangkala selepas menang, anda mahu cuba melakukannya tetapi ia tidak berlaku. Untuk apa? Ini kerana anda sudah mengecapi banyak kemenangan dan anda perlu ditumbuk di bahagian demi menyedarkan anda. Kami memerlukannya sekarang.

“Itu adalah demi mengatasi situasi buruk ketika ini. Saya tidak tahu bagaimana kami akan bertindak balas tetapi ini adalah satu cabaran dan untuk melihat sama ada pasukan boleh melakukannya.

"Saya adalah pengurus mereka. Saya perlu bantu mereka. Mereka memerlukan saya dan saya perlu berada di sana dengan mengucapkan perkataan, mengadakan latihan dan menghantar mesej selain melakukan pemilihan yang tepat, corak permainan yang tepat.”