Skip to main content

Bola Sepak

Griezmann terluka diketepikan daripada senarai akhir

griezmann.jpg
Antoine Griezmann mengakui terluka berikutan namanya tercicir daripada senarai pendek tiga finalis Anugerah Pemain Terbaik Persekutuan Bolasepak Antarabangsa (FIFA).

Cristiano Ronaldo, Luka Modric dan Mohamed Salah diangkat selaku calon utama untuk penghormatan tahunan itu yang akan disampaikan pada 24 September ini. 

Bintang Atletico Madrid, Griezmann, merakamkan pencapaian hebat dalam Piala Dunia di Russia serta kejayaan menjulang Liga Europa.

Rakan sepasukannya di Perancis, Lucas Hernandez, menyifatkan situasi itu sebagai "tidak adil" dan Griezmann mengakui berasa jelik kerana diabaikan.

"Senarai finalis (The Best) itu mengganggu saya," katanya dalam majlis promosi penyiar Sepanyol, Movistar.

"Ia berkenaan anugerah FIFA dan adalah janggal kerana tiada langsung pemain Perancis yang disenaraikan."

Griezmann berharap pengiktirafan Ballon d'Or boleh meredakan perasaannya dan percaya ia adalah penghargaan yang lebih bermakna.

Pemain berusia 27 tahun itu menduduki tempat ketiga pada 2016 di belakang Ronaldo dan Lionel Messi -- kedua-dua pemain itu menguasai anugerah tersebut sejak 2008.

"Ia menjadikan saya lebih teruja (berbanding The Best)," kata Griezmann.

"Ia mempunyai prestij yang lebih besar, sebuah cerita yang luar biasa di belakangnya. Ia membuatkan saya lebih bergemerlapan. Kita akan lihat apa yang berlaku nanti."

Advertisement

Must Watch Video