Antoine Griezmann berikrar untuk menutup "jurang besar" dengan Lionel Messi dan Cristiano Ronaldo di puncak bola sepak dunia.
Bintang Perancis berkenaan merupakan salah seorang pilihan untuk mengakhiri dominasi 10 tahun Anugerah Ballon d'Or oleh Messi dan Ronaldo setelah membantu Atletico Madrid untuk memenangi Liga Europa dan Piala Super UEFA selain melakar empat gol ketika memberi inspirasi untuk negaranya menjulang Piala Dunia 2018.
Semalam, Griezmann dinobatkan pemain terbaik Liga Europa musim lalu dan muncul salah seorang daripada 10 calon Pemain Terbaik FIFA tahun ini -- tiga finalisnya akan disahkan Isnin ini.
Di sebalik kejayaannya itu, pemain berusia 27 tahun tersebut berasakan Messi dan Ronaldo tetap berada di tangga teratas barisan pemain elit.
"Ya, saya dapat melihat mereka kekal di puncak dalam masa yang lama," katanya kepada FIFA.com.
"Mereka mahu menjadi yang terbaik, mereka bermain untuk pasukan gergasi dan ketika ini ia masih akan menjadi 'Cristiano, Messi dan yang lain-lain' untuk sementara waktu.
"Mereka yang berada di bawah Messi dan Ronaldo harus cuba mendekati tahap itu tetapi ia adalah jurang yang besar.
"Saya sentiasa cuba memperbaiki apa yang saya lakukan pada musim sebelumnya kerana untuk memadankan apa yang Messi dan Cristiano lakukan dengan menjaringkan 50 hingga 60 gol setahun adalah sangat sukar.
"Mereka berada di tahap yang berbeza, anda mungkin sebaris dengan mereka dalam semusim, tetapi tidak pada musim seterusnya.
"Saya membandingkan diri saya dengan Neymar, (Robert) Lewandowski, (Kylian) Mbappe, yang sedang menyerlah, termasuk (Eden) Hazard. Saya cuba menjadi yang terbaik dan melihat apa yang dilakukan oleh orang lain."