Antoine Griezmann memilih Juventus untuk menewaskan Real Madrid dalam final Liga Juara-Juara Eropah di samping menyokong Gianluigi Buffon untuk muncul pemenang anugerah Ballon d'Or.
Gergasi Itali, Juventus, akan berdepan penyandang juara, Real Madrid, dalam final di Cardiff, 3 Jun ini.
Bianconeri masih belum menikmati kejuaraan Liga Juara-Juara sejak kali terakhir melakukannya pada 1995-96.
Namun, pemain bintang Atletico Madrid, Griezmann, percaya Juve akan muncul pemenang di Stadium Millennium, sekaligus melihat pemain ikon, Buffon, akan menewaskan Cristiano Ronaldo dan Lionel Messi untuk anugerah Ballon d'Or.
"Juventus akan menjuarai Liga Juara-Juara dengan Gigi Buffon memenangi anugerah Ballon d'Or," Griezmann memberitahu Cadena Ser's El Larguero.
Finalis tahun lalu dan pada 2013, Atletico hampir mara ke final buat kali kedua berturut-turut, namun terkandas dalam separuh akhir dengan agregat 4-2 kepada pasukan jiran, Madrid.
"Tewas dalam final lebih menyakitkan berbanding dalam separuh akhir kerana apabila kamu berasakan piala itu semakin dekat, dan apabila kamu kehilangannya, ia amat sukar untuk diterima," ujar Griezmann.
Atletico akan kembali ke Liga Juara-Juara setelah mengesahkan kedudukan ketiga dalam LaLiga.
"Kami gagal meraih sebarang trofi walaupun itu sasaran kami," tambah Griezmann.
"Bagaimanapun, kami berjaya mencapai sasaran menduduki tangga ketiga liga."
Atletico bakal menamatkan aksi LaLiga musim ini berdepan Athletic Bilbao, Ahad ini.