Bintang Atletico Madrid, Antoine Griezmann, menafikan laporan dia sudah bersetuju terhadap tawaran menyertai Manchester United dengan mendakwa dia masih belum memuktamadkan masa depannya.
Dengan menggelar dirinya masih lagi Colchonero –- gelaran yang menggambarkan kaitan pemain, jurulatih dan penyokong Atleti -– pemain Perancis itu mengatakan khabar angin mengenai perpindahannya adalah tidak tepat.
Griezmann berkata masa depannya akan dicapai apabila dia berbincang dengan ejennya.
"Khabar angin itu tidak berasas, saya masih lagi Colchonero," tulis Griezmann dalam Twitter miliknya, semalam.
"Takdir saya akan ditentukan selepas perbincangan dengan penasihat sukan saya."
Pemain berusia 26 tahun itu menilai peluangnya ke United dalam skala "enam daripada 10", lebih-lebih lagi selepas anak buah Jose Mourinho memenangi Liga Europa untuk mengesahkan tempat dalam saingan Liga Juara-Juara.
Griezmann kemudian memberi bayangan dia bersedia meninggalkan Atletico dalam pelancaran autobigrafinya adalah kerana keinginan memenangi trofi.
Penggempur itu merekodkan 26 gol dalam 53 penampilan bersama Atletico sepanjang musim ini.