Antoine Griezmann "1,000 peratus" akan kekal selaku pemain Atletico Madrid musim depan, kata presiden kelab itu, Enrique Cerezo.
Spekulasi mengenai pemain kebangsaan Perancis itu kembali bertebaran dengan dilaporkan akan meninggalkan kelab itu penghujung musim ini.
Barcelona merupakan antara destinasi yang mungkin disertai permain perancang itu selepas pasukan tersebut pernah secara terbuka menyatakan minat mereka terhadap pemain berusia 28 tahun itu sebelum Griezmann memilih untuk kekal di Atletico selepas Piala Dunia tahun lalu.
Bercakap dalam rancangan TV Sepanyol, El Rondo, Cerezo berkata: "Saya boleh memberikan 1,000 peratus jaminan yang dia akan kekal sebagai pemain Atletico Madrid musim depan."
Griezmann hampir pasti untuk disenaraikan dalam kesebelasan utama Atletico bagi menentang Girona dalam aksi LaLiga, awal pagi esok sebelum pasukan itu bertandang ke laman pendahulu liga, Barca, hujung minggu ini.
Pemain skuad juara dunia Perancis itu telah menghasilkan 18 gol daripada 40 penampilannya dalam kesemua kejohanan musim ini.