Skip to main content

Bola Sepak

Grealish meratapi kekalahan Villa dalam final Piala EFL

jackgrealishcropped_g1lu596bmov81rc3pplqtut3r.jpg
Jack Grealish mendedahkan dia meratapi kekalahan 2-1 yang dialami Aston Villa di tangan Manchester City dalam final Piala EFL di Wembley, awal pagi tadi.

Peminat tegar Villa itu tampak beremosi selepas tewas akibat jaringan kontroversi Rodri yang hadir menerusi sepakan sudut yang dilihat tidak wajar diraih lawan selepas bola tampak menyentuh Ilkay Gundogan sebelum keluar.

Grealish jelas berbangga dapat memberikan cabaran buat skuad kendalian Pep Guardiola itu tatkala Bjorn Engels hampir menyamakan kedudukan menerusi tandukan di minit-minit akhir permainan selepas Mbwana Samatta merapatkan jurang.

"Saya meratapinya tetapi kami berdepan salah sebuah pasukan terbaik dalam Eropah dan memberi cabaran sehingga wisel penamat," katanya.

"Mereka memiliki peluang seperti dijangka tetapi kami menggegarkan palang di penghujung perlawanan.

Jaringan kemenangan itu tidak patut dikira kerana sepakan sudut sebelum itu tidak sah. Pengadil berkata Gundogan berada di luar padang apabila bola menyentuhnya.

"Kami mahukan penjelasan sebelum rehat tetapi dia menolak. Kelab seperti kami sudah lama tidak menikmati kejuaraan dan tewas disebabkan jaringan sebegitu.

"Kami sangat berbangga dalam seluruh pasukan. City merupakan pasukan kedua atau ketiga terkuat di Eropah. Kami sentiasa sedar ia cabaran sukar tetapi kini fokus dengan saingan liga."

Advertisement

Must Watch Video