Lucien Favre menjelaskan Mario Gotze perlu bersaing merebut tempat utama di Borussia Dortmund musim ini.
Tonggak Jerman itu digantikan selepas 64 minit dalam kemenangan 2-1 DFB-Pokal di Greuther Furth bulan lalu, namun hanya diletakkan di bangku simpanan dalam dua perlawanan pembukaan Bundesliga musim ini.
Favre menggunakan sistem 4-3-3 dalam perlawanan itu yang menyaksikan mereka seri 0-0 di Hannover sebelum menang 4-1 ke atas RB Leipzig, dengan Mahmoud Dahoud, Axel Witsel dan Thomas Delaney menjadi pilihan di bahagian tengah.
Justeru, pengurus Dortmund berkenaan mengakui sukar untuk memadankan Gotze dalam percaturannya.
"Saya fikir ia bergantung kepada sistem kami," katanya dalam sidang akhbar. "Saya sudah katakan bahawa ia akan mengambil masa buat kami mendapatkan pasukan dan sistem terbaik. Terdapat banyak keputusan taktikal yang perlu dibuat.
"Kami perlu berterus terang. Mario boleh diturunkan di bahagian tengah, dia boleh bermain dalam sistem 4-3-3 yang kami terapkan. Mereka perlu menyesuaikan diri dan menunjukkan keazaman tinggi.
"Menentang Leipzig dan Hannover, kami menampilkan tiga pemain di bahagian tengah. Mario boleh bermain di salah satu posisi tersebut tetapi kami mempunyai ramai pemain yang berkebolehan beraksi di situ.
"Kami mempunyai lapan atau sembilan pemain untuk merebut bahagian tengah, termasuk (Shinji) Kagawa, Marco Reus dan Mario."
Gotze bergelut untuk mengekalkan tempatnya sejak kembali ke Dortmund dari Bayern pada 2016 selain dihantui masalah kecergasan apabila hanya membuat 28 permulaan liga dalam dua musim terakhir.
Dortmund akan menjadi tuan rumah kepada Eintracht Frankfurt dalam pertembungan Bundesliga pada awal pagi Sabtu nanti.