Skip to main content

Bola Sepak

Gomez beri bekalan selesa buat Wolfsburg

260517-gomez.jpg
WOLFSBURG 1 EINTRACHT BRAUNSCHWEIG 0

Pemain Jerman, Mario Gomez, menjaringkan gol tunggal dalam perlawanan play-off penyingkiran pertama bagi membantu Wolfsburg menewaskan Eintracht Braunschweig 1-0 dalam aksi di Volkswagen Arena.


Gol Gomez dijaringkan pada minit ke-35 menerusi sepakan penalti selepas bola terkena tangan pemain pertahanan pelawat, Gustav Valsvik, sebelum mudah mengatasi penjaga gol, Jasmin Fejzic.

Biarpun tuan rumah terus melakukan asakan, namun keputusan 1-0 kekal sehingga wisel penamat.
.
Wolfsburg terpaksa bermain dalam perlawanan play-off, setelah menghabiskan musim 2016-17 di tangga ke-16 Bundesliga.

Pasukan yang dikendalikan oleh Andries Jonker sejak awal tahun 2017 itu berhempas-pulas di sepanjang kempen liga, terutama selepas Julian Draxler berhijrah ke Paris Saint-Germain (PSG).  
 

Advertisement

Must Watch Video