Pemain yang baru menyertai AS Monaco, Aleksandr Golovin, berkemungkinan besar terpaksa menunggu lebih lama untuk meraih penampilan pertama selepas disahkan mengalami kecederaan buku lali, sekaligus memaksanya berehat bulan depan.
Golovin menyertai kelab Ligue 1 itu bulan lalu susulan aksi cemerlang dalam saingan Piala Dunia bersama Russia, namun dia tidak beraksi sewaktu Monaco tewas 4-0 di tangan Paris Saint-Germain (PSG) dalam perlawanan Piala Juara Perancis.
Monaco mengesahkan melalui laman web rasmi bahawa Golovin mengalami kesakitan di bahagian buku lali selepas sesi latihan dan pemain itu turut mengakui keadaan itu.
"Saya mengalami kecederaan buku lali tetapi tiada pembedahan yang perlu dilakukan," kata Golovin.
"Proses pemulihan akan mengambil masa selama tiga hingga empat minggu."