Skip to main content

Bola Sepak

Gol Syahmi cabar Anugerah Puskas

Ikuti perkembangan sukan terkini di saluran WhatsApp Astro Arena

syahmi-safari_1.jpg
Setiauasaha Agung Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM), Stuart Ramalingam, mengharapkan gol pemain muda negara, Syahmi Safari, tersenarai sebagai salah satu daripada 10 calon untuk Anugerah Puskas, Persekutuan Bolasepak Antarabangsa (FIFA) 2019.

FAM hari ini mencapai persetujuan untuk mencadangkan gol Syahmi dicalonkan ke Anugerah Puskas.

Susulan daripada keputusan itu, badan induk bola sepak negara itu akan menghantar surat rasmi kepada FIFA bagi mencadangkan gol Syahmi.

Jaringan itu dilakukan Syahmi menerusi satu gerakan berpasukan ketika pertemuan kedua separuh akhir Piala AFF 2018 menentang Thailand di Stadium Rajamangala, Bangkok, 5 Disember lalu.

"Adalah sesuatu yang menakjubkan kalau kita sekali lagi boleh menang Anugerah Puskas. 

"Saya berasakan pengiktirafan ini akan menyemarakkan lagi semangat sokongan terhadap pasukan kebangsaan dan bola sepak Malaysia. 

"Sehubungan iu, saya berharap pencalonan kali ini boleh pergi sejauh," kata Stuart.

FAM sebelum ini menghantar surat cadangan pencalonan kepada FIFA untuk gol yang dihasilkan oleh bekas pemain Pulau Pinang, Faiz Subri, pada 22 Februari 2016.

Keputusan FAM untuk menghantar pencalonan bagi gol itu tepat apabila ia membawa kejayaan yang menyaksikan sepakan percuma unik itu muncul pemenang Anugerah Puskas 2016.

Advertisement

Must Watch Video