CAGLIARI 1 AC MILAN 1
Jaringan pertama Gonzalo Higuain buat AC Milan memberikan pasukannya keputusan seri 1-1 tetapi pengendali, Gennaro Gattuso, berpendapat anak-anak buahnya tidak mampu mengikut kepantasan Serie A.
Melakukan penampilan pertama susulan kes doping, Joao Pedro memberikan Cagliari gol pertama walaupun jaringan itu mampu dinafikan Gianluigi Donnarumma sekiranya dia menafikan usaha susulan.
Giacomo Bonaventura terlepas dua peluang keemasan dalam babak pertama untuk menyamakan kedudukan tetapi Higuain menemui sentuhan penyudah di Sardegna Arena tatkala dia mahu memadamkan perbandingan dengan prestasinya ketika bersama Juventus.
Bagaimanapun, selepas melepaskan pendahuluan di Napoli dan gol pembukaan menentang Genoa ditangguhkan, Milan kini sekadar menduduki kelompok bawah pertengahan liga berbekalkan empat mata selepas tiga perlawanan.
Cagliari berada di depan seawal minit keempat apabila Donnarumma menolak bola rembatan Leonardo Pavoletti ke palang gol, namun gagal menyekat kemaraan Joao Pedro menolak masuk bola muntah.
Milan cuba memperkemas permainan dan tuan rumah sekali lagi menggegarkan palang sambil tendangan lencong Nicolo Barellah seharusnya berakhir dengan jaringan dan tandukan bebas Bonaventura jauh tersasar.
Bonaventura terus menghadirkan kekecewaan pada minit ke-27, datang dari belakang untuk menyambung hantaran lintang Davide Calabria tetapi sekali lagi ia melewati palang.
Higuain jarang terlibat dalam pergerakan dalam babak pertama tetapi akhirnya mengikat kedudukan 10 minit selepas rehat.
Franck Kessi menyekat usaha lawan mengeluarkan bola dari kawasan bahaya dan Higuain pantas menggelecek penjaga gol, Alessio Cragno, dengan mudah untuk menyumbat gol dari sudut sempit.
Cragna juga cemerlang, apabila dua kali menafikan usaha Suso dan tandukan Higuain yang menerima hantaran Diego Laxalt sehingga menyebabkan Rossoneri terlepas peluang meraih kemenangan.