Skip to main content

Bola Sepak

Gol sendiri Yedlin pastikan kemenangan kontroversi Chelsea

deandre-yedlin-cropped_19h6lvbk1r9ni1jatyjvdzhmrj.jpg
NEWCASTLE UNITED 1 CHELSEA 2

Gol sendiri daripada DeAndre Yedlin pada hujung perlawanan memastikan permulaan sempurna Maurizio Sarri dalam Liga Perdana Inggeris apabila Chelsea mengalahkan Newcastle United 2-1 dalam aksi penuh beremosi dan kontroversi di St James' Park, semalam.


Chelsea dilihat dapat menyesuaikan diri dengan cepat dengan gaya permainan popular Sarri, dengan memenangi dua perlawanan liga mereka selepas ditewaskan oleh Manchester City dalam Perisai Komuniti.

Bagaimanapun, mereka menentang pertahanan yang degil dan terancang di St James' Park dan terpaksa berhempas-pulas mengalahkan Newcastle walaupun menunjukkan dominasi yang kuat.

Pelawat diberikan rangsangan besar ketika perlawanan tinggal 14 minit apabila pengadil, Paul Tierney, menyalahkan Fabian Schar kerana mengasari Marcos Alonso dalam kotak penalti walaupun ulang tayang video menunjukkan kaki pemain Switzerland itu sudah mendapat bola.

Eden Hazard, yang membuat permulaan pertamanya untuk Chelsea sejak membantu Belgium mara ke separuh akhir Piala Dunia, menyudahkan penalti dengan penuh yakin walaupun Martin Dubravka dapat menyentuh bola dengan hujung jarinya.

Giliran Chelsea dikejutkan apabila Yedlin muncul menyiku Olivier Giroud dalam pembinaan yang menyaksikan tandukan Joselu dapat menyamakan kedudukan tetapi pemin dari Amerika Syarikat itu menyerahkan tiga mata kepada Chelsea ketika berusaha menyelamatkan percubaan Marcos Alonso.

Advertisement

Must Watch Video