FIORENTINA 1 BENFICA 2
Jaringan Caio pada minit ke-93 menjulang Benfica untuk menang 2-1 ke atas Fiorentina dalam pertembungan Piala Juara-Juara Antarabangsa (ICC) 2019, sebentar tadi.
Pemenang perlawanan itu di ambang ditentukan dalam penentuan penalti selepas kedua-dua pasukan buntu untuk menokok jaringan yang menyaksikan gol Haris Seferovic pada minit kesembilan dibatalkan Dusan Vlahovic ketika menuju waktu rehat dalam aksi di Harrison, New Jersey itu.
Namun, pemain gantian, Caio, memastikan aksi berkenaan tidak dilanjutkan ke babak penentuan penalti apabila melepaskan voli yang juga merupakan sepakan terakhir dalam perlawanan di Red Bull Arena itu.
Bintang Fiorentina, Federico Chiesa, sekadar memanaskan bangku simpanan apabila khabar angin minat daripada juara Serie A, Juventus, semakin kencang.
Fiorentina bermula perlahan ketika Seferovic meletakkan Benfica di depan pada awal permainan setelah bergandingan mantap dengan muka baru, Raul de Tomas.
Bekas pemain Real Madrid itu tiba susulan perpindahan lumayan Joao Felix ke Atletico Madrid. De Tomas mencipta beberapa peluang sebelum membuat umpanan kepada Seferovic yang mendahului kepungan pertahanan untuk menyudahkan gerakan tersebut, sekali gus mengatasi Pietro Terracciano.
Pada minit ke-24, De Tomas nyaris menjadikan kedudukan kepada 2-0 apabila rembatan lambung pemain Sepanyol itu memaksa penjaga gol Fiorentina, Terracciano, mempamerkan ketangkasan dengan sentuhan di hujung jari.
Di sebalik peluang Benfica untuk mengukuhkan kedudukan semakin cerah, Fiorentina menyamakan kedudukan menerusi Vlahovic, lima minit kemudian.
Selepas menyerlah ketika berdepan Guadalajara, pemain berusia 19 tahun itu melepaskan rembatan rendah ke sudut bawah gawang dengan kaki kirinya dari penjuru kotak penalti.
Fiorentina mendapat peluang berharga -- setelah memperkenalkan Chiesa dalam separuh masa kedua -- namun rembatan Vlahovic terkena tiang manakala percubaan Marco Benassi pada minit ke-49 tersasar melintasi palang.
Benfica hampir melengkapkan kebangkitan mereka selepas sembilan minit babak kedua bersambung tetapi sepakan lencong Rafa Silva hanya beberapa inci melintasi pintu gol.
Jaguh Portugis itu akhirnya menyumbat gol kemenangan hasil tindakan akhir Caio, yang mencari ruang di penjuru pintu gol, apabila meloloskan diri daripada kawalan pertahanan sebelum melepaskan rembatan deras ke sudut atas gawang.