CELTIC 3 SUDUVA 0
(Celtic menang agregat 4-1)
Celtic layak ke peringkat kumpulan Liga Europa selepas melakar kemenangan 3-0 ke atas Suduva untuk meraih kemenangan agregat 4-1 yang meyakinkan dalam aksi play-off, awal pagi tadi.
Sepakan percuma Leigh Griffiths dan gol dalam separuh masa kedua oleh Callum McGregor dan Kristoffer Ajer melonjakkan semangat anak buah Brendan Rodgers itu menjelang pertemuan 'derby' Old Firm dengan Rangers hujung minggu ini -- yang terlebih dahulu menjamin kemaraan mereka malam tadi.
The Hoops dilanda kekecewaan apabila seri 1-1 ketika bertandang ke Lithuania minggu lalu, namun tidak berdepan banyak masalah ketika beraksi penuh yakin dalam babak pertama.
Beraksi tanpa rakan gandingan di bahagian serangan yang dikaitkan dengan Lyon, Moussa Dembele, Griffiths membuktikan bahawa dia mampu bertindak sendirian dengan cemerlang apabila mengatasi Ivan Kardum pada minit ke-27 untuk golnya yang ke-100 sejak tiba dari Wolves pada 2014.
Tugas Celtic sepatutnya menjadi lebih mudah dalam babak seterusnya, namun Scott Sinclair dan pemain tengah, McGregor, gagal memanfaatkan peluang terhidang.
Sinclair gagal mengatasi Kardum sementara percubaan McGregor sekadar melintasi depan gol.
Begitupun, kedua-dua pemain berganding bahu untuk menebus kesilapan mereka dalam tempoh tujuh minit selepas permainan bersambung apabila McGregor menyudahkan hantaran Sinclair secara klinikal ke sudut kanan pintu gol.
Peluang Rodgers untuk mengatur pertemuan semula dengan Steven Gerrard semakin cerah sebaik Ajer menambah jaringan ketika permainan baru berusia sejam.
Pemain pertahanan itu meluru untuk menyambut hantaran Griffiths dengan kepala untuk melepasi Kardum sebelum memuktamadkan kemenangan Rangers yang mahu memadam kekecewaan gagal ke Liga Juara-Juara.