Olivier Giroud menegaskan persaingannya dengan Alvaro Morata untuk merebut posisi penggempur Chelsea adalah "sihat".
Morata bergelut dalam kemenangan 2-0 The Blues ke atas Bournemouth kelmarin apabila hanya membuat dua percubaan dan 16 sentuhan sepanjang 61 minit sebelum digantikan oleh Giroud.
Pemenang Piala Dunia Russia itu, yang hanya memainkan peranan utama Liga Perdana Inggeris (EPL) sebanyak enam kali sejak tiba dari Arsenal, Januari lalu, bagaimanapun yakin apabila khidmatnya diperlukan, dia mampu menunaikan hasrat Maurizio Sarri.
"Ia persaingan sihat dengan Morata," katanya kepada Telefoot.
"Musim lalu, saya memenangi tempat. Tiada alasan mengapa ini tidak berlaku musim ini.
"Perkara paling penting adalah bersedia apabila diberi peluang dan saya berharap diberi lebih banyak masa untuk beraksi selepas rehat (antarabangsa)."
Memandangkan kurang memulakan barisan utama sejak tiba di Stamford Bridge, timbul keraguan mengenai masa depan Giroud di kelab itu dalam jangka panjang.
Apabila ditanya tentang hasratnya selepas kemenangan ke atas The Cherries, pemain berusia 31 tahun itu memaklumkan keputusan hanya akan dibuat menjelang akhir musim nanti.
"Saya masih mempunyai kontrak setahun lagi dengan pilihan ditambah setahun lagi," katanya.
"Pengurusan kelab cenderung untuk menawarkannya kepada saya.
"Saya tidak pasti, kami akan berbincang pada April atau Mei tetapi saya tidak menolak sebarang kemungkinan, kami akan lihat nanti."