Pengendali Perancis, Didier Deschamps, berkata Olivier Giroud memainkan peranan penting dalam pasukannya tetapi tetap memerlukan jaringan.
Kali terakhir Giroud menjaringkan gol adalah ketika membantu Les Blues menundukkan Ireland 2-0 pada Mei lalu, namun dia gagal mencatat sebarang jaringan dalam 10 aksi antarabangsa selepas itu.
Sebelum melalui kemarau jaringan, Deschamps berpendapat bekas penggempur Arsenal itu berada di tahap terbaik apabila mengutip empat gol hasil daripada lima penampilan sambil mengingatkan bahawa Giroud kini berada di tangga keempat dalam senarai penjaring terbanyak sepanjang zaman buat Perancis, berkongsi 31 gol dengan legenda, Zinedine Zidane.
"Situasi itu biasa berlaku kepada penyerang, di mana mereka mengalami kebuntuan jaringan tidak kira dalam tempoh pendek atau panjang," ujar Deschamps.
"Sebelum tempoh itu, Giroud menjaringkan gol secara berturut-turut. Dia merupakan penjaring keempat terbaik Perancis.
"Ia penting kerana dia memberikan perbezaan dalam perlawanan. Apabila Giroud tidak beraksi, kami menyedari kepentingannya.
"Jelas sekali, dia tidak boleh terlalu fokus dalam mendapatkan gol. Secara peribadi, saya yakin ia akan membantunya, sama seperti sesetengah penyerang yang lain."
Selepas terikat 0-0 dengan Jerman dalam aksi pembukaan Liga Negara-Negara UEFA kelmarin, Perancis akan berdepan Belanda di Paris awal pagi esok, aksi pertama mereka di laman sendiri sejak menjuarai Piala Dunia.
"Ia adalah aksi kedua Liga Negara-Negara UEFA," tambahnya.
"Tidak mustahil untuk menyembunyikan apa yang berlaku. Emosi perlu kuat tetapi jelas sekali, detik itu sangat indah apabila kami menang," tambahnya.