Skip to main content

Bola Sepak

Gilmar mahu cetak jaringan berdepan PKNS

gilmaar.jpg
Penyerang import Perak, Gilmar da Silva, bertekad ingin meneruskan momentum jaringan dalam aksi suku akhir pertama Piala Malaysia menentang PKNS di Stadium Perak, malam ini.

Secara keseluruhan, Gilmar sudah mencetak empat gol dalam kempen peringkat kumpulan bagi saingan Piala Malaysia musim ini.

Tiga daripadanya hadir dalam dua aksi terakhir menentang Terengganu FC (TFC) serta Felcra.

Lantas, pemain berusia 29 tahun itu bertekad mahu rentak berkenaan diteruskan bagi memastikan Perak dapat memperoleh sedikit kelebihan sebelum bertandang ke tempat lawan, Ahad ini.

"Saya sangat gembira setiap kali menjaringkan gol. Saya berharap dapat meneruskan jaringan ketika berdepan PKNS dalam suku akhir pertama," katanya.

Mengulas mengenai kekuatan PKNS, Gilmar mengakui lawan mereka itu mempunyai kombinasi pemain tempatan serta import yang seimbang.

PKNS menamatkan kempen peringkat kumpulan selaku juara Kumpulan B dengan memperoleh 18 jaringan keseluruhan, iaitu yang tertinggi musim ini.

Sepanjang empat pertemuan musim ini, termasuk dalam dua perlawanan Piala FA, Perak tidak dapat menewaskan skuad kendalian Datuk K. Rajagobal itu.

"PKNS merupakan pasukan yang berkualiti tetapi Perak juga memiliki kelebihan tersendiri dan mahu memastikan slot ke separuh akhir milik kami."

Advertisement

Must Watch Video