Berbaki empat perlawanan Liga Super, Persatuan Bolasepak Kuala Lumpur (KLFA) membuat keputusan mengejut apabila merehatkan jurulatih, Chong Yee Fatt, dan melantik Roslee Md Derus selaku pengendali sementara pasukan itu.
Keputusan merehatkan Yee Fatt dibuat selepas pengurusan mengadakan perjumpaan dengan bekas penolong jurulatih Perak itu dan barisan pemain skuad Warga Kota, semalam.
Ia dipercayai ekoran prestasi buruk pasukan itu menerusi tiga kekalahan berturut-turut yang menyaksikan mereka terus terperangkap dalam kelompok bawahan liga.
Tugas bagi baki perlawanan hidup mati Kuala Lumpur diserahkan kepada Roslee yang menjadi jurulatih ketiga membimbing pasukan itu musim ini selepas Yee Fatt dan Yusri Che Lah.
"Ini satu pengalaman, cabaran dan mungkin peluang buat saya.
"Saya akan sahut arahan majikan dan berjanji akan melakukan apa yang terbaik.
"Saya harap semua pihak dapat memberikan sokongan. Tanggungjawab ini perlu dipikul pemain dan pengurusan secara bersama-sama," kata bekas anggota skuad Piala Dunia Remaja 1997 itu.
Bekas pengendali Felcra FC itu dituntut untuk memastikan The City Boys kekal dalam divisyen tertinggi musim depan.
Namun, tugas sukar menantinya apabila pasukannya berdepan tiga pasukan handalan dalam baki empat perlawanan, iaitu Pahang, Johor Darul Ta'zim (JDT) dan Perak.
"Peluang untuk kami kekal bergantung kepada empat perlawanan ini, kami tidak boleh lagi keciciran sebarang mata.
"Setiap perlawanan akan dihadapi satu persatu dan ia ibarat perlawanan akhir," katanya lagi.