Legenda Liverpool, Graeme Souness, menegaskan pesanannya terhadap persiapan Liverpool agar memperkemaskan bahagian tengah pada awal musim ini akhirnya menjadi kenyataan.
The Reds di tangga kesembilan selepas tumpas 1-2 kepada Leeds United, awal pagi tadi, secara tidak langsung membawa seteru mereka itu keluar dari zon penyingkiran Liga Perdana Inggeris (EPL).
Malah, Jurgen Klopp mengakui untuk layak ke kempen Liga Juara-Juara (UCL) juga makin kabur sekiranya rentak tidak tekal mereka berterusan.
"Liverpool jauh daripada prestasi sebenar mereka dalam beberapa tahun kebelakangan ini.
"Mereka tidak menampilkan ketekalan yang sama. Saya fikir malam ini, perlawanan dengan Leeds ini dibayangi persembahan mereka selama bertahun-tahun ini.
"Liverpool pernah membuli pasukan lawan, bahagian tengah mereka membuli pasukan lawan. Dan kini mereka pula dibuli.
"Mereka masih mempunyai peluang untuk memenangi perlawanan, pemain terbaik perlawanan adalah penjaga gol (Illan Meslier)," katanya ketika muncul sebagai tetamu rancangan Sky Sports.
Pada musim panas lalu, Klopp berulang kali menjelaskan bahawa dia tidak perlu menambah muka baru di bahagian tengah sebelum membuat perpindahan lewat untuk Arthur Melo -- pemain pinjaman daripada Juventus itu hanya sempat bermain selama 13 minit dan dijangka tersisih hingga tahun baru gara-gara kecederaan.
"Mereka memiliki Curtis Jones yang berusia 21 dan pemain muda lain yang bermula malam ini adalah Harvey Elliot yang berusia 19 tahun.
"Ini adalah liga yang sangat sukar dan dalam tempoh sembilan bulan, untuk mengharapkan dua pemain muda menggalas tugas utama untuk sebahagian besar musim ini adalah satu tuntutan tinggi.
"Saya telah mengatakannya sejak awal musim, bahagian tengah yang mereka miliki sekarang bukan lagi bahagian tengah yang akan memenangi trofi besar mereka."