CROATIA 2 WALES 1
Ryan Giggs amat terkilan setelah Wales melepaskan peluang sebelum tewas 2-1 di tangan Croatia dalam aksi kelayakan Euro 2020 semalam.
Croatia tewas dalam aksi terakhir Kumpulan E menentang Hungary, Mac lalu, namun kembali ke landasan kemenangan ketika berdepan Wales, yang menyaksikan Ivan Perisic tampil dengan persembahan memukau.
Setelah bola hantaran lintangnya terkena James Lawrence sebelum masuk ke gawang untuk memberikan Croatia pendahuluan, Perisic meletakkan namanya dalam senarai penjaring tidak lama selepas rehat sambil gol sagu hati Wales diraih menerusi David Brooks.
Tatkala Croatia dihidangkan dengan deretan peluang, situasi pasti berbeza jika Harry Wilson melepaskan rembatan voli lebih kemas sambil Gareth Bale turut mensia-siakan peluang dan Brooks terlepas kesempatan untuk menggandakan jaringannya bagi membolehkan Wales berkongsi mata.
Dan Giggs begitu kecewa pasukan kendaliannya itu mengalami kekalahan pertama dalam kempen kelayakan kali ini.
"Ternyata saya kecewa kerana gagal mendapatkan sesuatu daripada perlawanan ini walaupun dihidangkan banyak peluang," katanya.
"Kami melihat bahagian yang lebih baik selepas perlawanan. Kami seperti memberikan asakan dan Croatia dilihat bertahan.
"Apabila anda menamatkan perlawanan sebegitu dan memiliki peluang, anda seharusnya kecewa dan ia terlepas.
"Kami mempunyai banyak peluang tetapi gagal menyempurnakannya. Kami tidak bermain dengan baik dan melepaskan dua gol mudah. Apabila anda tidak beraksi seperti biasa ketika berdepan pasukan besar, ia mengecewakan.
"Saya memberitahu pemain bahawa kami melepaskan peluang, terutama cara kami menamatkan perlawanan. Kami mengakhiri aksi dengan sangat kuat. Apabila ia semakin getir, Croatia meraih peluang, anda menjangkakannya."
Sementara itu, pengendali Croatia, Zlatko Dalic, teruja dengan reaksi anak buahnya sejak kekalahan sebelum ini, namun mengingatkan pemainnya agar bersedia dalam mengejar slot ke Euro 2020.
"Kami di tempat pertama, menjadi pilihan tetapi ia bakal sengit," ujarnya.