Ikon Manchester United, Ryan Giggs, menggesa peminat kelab itu agar berdiri di belakang pengurus pasukan, Jose Mourinho.
Tekanan kian memuncak buat pengendali dari Portugal itu selepas mencatat kekalahan kedua berturut-turut, ditundukkan oleh Brighton and Hove Albion dan Tottenham Hotspur sambil bekas pengurus Chelsea itu meminta agar dia lebih dihormati ketika sidang media selepas perlawanan.
Mourinho akan mengetuai pasukannya bertandang ke Burnley, Ahad ini, untuk mencatat kemenangan pertama sejak aksi pembukaan dan Giggs yang menjadi pengurus sementara di Old Trafford pada 2014 mahu penyokong juara 20 kali England itu memberi sokongan.
"Saya rasa sesuatu yang jujur daripada saya sebagai peminat United, saya berada di Old Trafford ketika aksi berdepan Spurs, sudah tiba masanya untuk peminat bersatu, mempertahankan kelab, berdiri bersama pasukan dan pengurus serta barisan kejurulatihan," kata Giggs.
"Itu pendapat saya sebagai peminat sejati United.
"Saya rasa ia adalah detik yang sukar tetapi kami sudah melalui tempoh yang lebih sukar dan melepasinya.
"United berdepan aksi getir pada hujung minggu. Ia perlawanan yang hebat untuk melepasi segala elemen negatif di sekeliling kelab.
"Semestinya ia perlawanan yang sukar tetapi sebagai peminat sejati, saya harap United akan dapat melepasinya tidak kira bila-bila masa. Saya yakin kami akan melakukannya."
Ditanya mengenai kelompok individu yang mula mempertaruhkan namanya untuk menggantikan Mourinho, pengurus Wales itu menjawab: "Jika saya di tempat awak, saya akan menyimpan wang itu."