Pertahanan import Kuala Lumpur City, Giancarlo Gallifuoco, memaklumkan dia akan kekal bersama The City Boys musim ini memandangkan masih memiliki baki kontrak hingga 2025.
Tonggak pertahanan berumur 30 tahun itu turut mengesahkan kecederaan retak tulang pipi yang dialaminya di penghujung saingan musim lalu kian pulih.
Pemain dari Australia itu turut percaya bahawa skuad Warga Kota akan bertambah baik musim 2024/2025 dan tidak mustahil untuk berada di kelompok lima pasukan terbaik Liga Super.
Sepanjang tiga musim bersama KL City, 'GG' antara watak penting yang membantu pasukannya menjulang kejuaraan Piala Malaysia 2021, naib juara Piala AFC 2022 serta naib juara Piala FA 2023.
"Semua orang tahu bahawa saya sayangkan City Boys, pasukan tapi dalam bola sepak apa sahaja boleh berlaku.
"Sepanjang tiga tahun di sini, KL City dikenali sebagai pasukan yang sering memenangi gelaran.
"Saya sangat bangga dapat menjulang tapi saya mahu membayar peminat yang datang ke stadium dengan persembahan mantap. Kami patut dalam kelompok empat atau lima terbaik Liga Super.
"Kepada semua peminat di Malaysia, saya mahu tunjukkan kepada semua orang betapa saya bekerja keras.
"saya mahu menjadi lebih baik dan menimba banyak ilmu lagi," katanya di Nadi Weekend sebentar tadi.