Pengurus AC Milan, Marco Giampaolo, menuntut peningkatan daripada barisan depan pasukannya selepas tewas 1-0 di tangan Udinese dalam aksi pertama Serie A di bawah kendaliannya musim ini.
Rodrigo Becao menyumbat gol dalam penampilan pertama di pentas Serie A sambil Giampaolo dilihat tidak menyenaraikan nama baru dalam kesebelasan utamanya, awal pagi tadi.
Pengendali itu membawa masuk Ismael Bennacer dan Rafael Leao dari bangku simpanan tetapi Milan tampak gagal menembusi benteng pasukan bimbingan Igor Tudor itu di Dacia Arena.
Bekas pengurus Sampdoria itu menyaksikan pasukannya gagal mencatat sebarang percubaan tepat dan dia tidak terkejut anak buahnya tewas walaupun cuba mendapatkan elemen positif dalam persembahan.
"Perlawanan itu sendiri memberitahu segala-galanya dan ia tidak bagus apabila Milan tewas," katanya.
"Pasukan cuba lakukan apa yang saya minta, berusaha menonjolkan diri dan menguasai permainan. Kami harus memperbaiki permainan menyerang kerana kami bergelut di bahagian itu.
"Ia bukan sahaja tanggungjawab pemain tetapi melibatkan perwatakan. Saya perlu meneliti lebih daripada keputusan untuk memahami bagaimana untuk mencapai aksi terbaik. Mungkin saya bertanya beberapa perkara tetapi mereka memiliki perwatakan berbeza.
"Sehingga kini, pemain menunjukkan keinginan tinggi kepada saya. Kini, saya perlu mendapatkan penyelesaian terbaik berdasarkan perwatakan dalam sesetengah perlawanan."
Milan dinafikan peluang meraih sepakan penalti apabila bola tandukan Alessio Romagnoli mengenai lengan Samir selepas ulang tayang Video Bantuan Pengadil (VAR) mengesahkan tiada sebarang kesalahan berlaku.
"Kami tidak gembira dengan keputusan tetapi penilaian saya mungkin berbeza jika kami dapat menyamakan kedudukan menerusi sepakan penalti," tambah Giampaolo.
"Saya perlu membuat beberapa analisis, melihat di mana harus pasukan tingkatkan dan berfungsi dengan baik. Saya perlu bertindak secara objektif. Mereka mungkin patut diberikan sepakan penalti untuk mendapatkan gol penyamaan tetapi ia tidak memberi kesan kepada penilaian.
"Apabila tewas, kebiasaannya ada isu kontroversi tetapi kami perlu fokus kepada diri sendiri. Kami harus cuba beraksi dengan lebih baik berbanding hari ini. Kami tidak boleh fikirkannya dan ia hanya boleh dicapai berdasarkan kerja keras."