Penyerang import dari Lubnan, Mohammed Ghaddar, kini sah meninggalkan skuad Kelantan untuk menyertai Johor Darul Ta'zim (JDT).
Perkara itu diumumkan oleh Naib Presiden Persatuan Bolasepak Kelantan (KAFA), Datuk Muhammad Nasir Hamzah, dalam sidang media, hari ini.
Jelasnya, faktor utama Ghaddar dilepaskan bukan atas sebab kewangan semata-mata, sebaliknya
pihak pengurusan tidak mahu menyimpan pemain yang tidak lagi gembira bersama pasukan.
"Sebenarnya nilai perpindahan ini, kami telah bersetuju untuk tidak mendedahkannya, tapi bagi KAFA dan juga sejarah Liga Malaysia, tidak ada lagi bayaran setinggi ini. Jadi bukanlah soal kewangan itu yang sangat menjadi pertimbangan kami untuk melepaskan Ghaddar," katanya.
"Kalau saudara-saudara tengok, dalam Instagram, Facebook, memang dia sudah tidak berminat untuk bermain dengan Kelantan," katanya.
Dalam pada itu, Nasir memberi gambaran bahawa Kelantan akan terus bersaing dalam Liga Malaysia pada musim akan datang.
Sebelum ini, wujud spekulasi Kelantan bakal menarik diri daripada saingan liga musim depan disebabkan kekangan kewangan yang dihadapi KAFA.
"Macam yang saya kata, ramai orang cemburu dengan Kelantan, tapi kami tidak boleh jadikan itu sebagai alasan untuk melemahkan diri kami.
"Kami kena tahu rakyat Kelantan ada lebih kurang 2.4 juta, dan kami tak boleh biarkan mereka tanpa pasukan bola," tambahnya.