Isu geran petanda pusingan 'U' Liga Bolasepak Malaysia (MFL)?
Ia berikutan kenyataan Presiden Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM), Datuk Hamidin Mohd Amin, yang juga merupakan ahli lembaga MFL, yang menjelaskan pembayaran geran bukan satu kemestian.
Nada Hamidin dalam kenyataan terbarunya itu membayangkan kemungkinan geran yang bukan lagi pemberian mandatori buat persatuan dan kelab.
Ia bertentangan dengan janji MFL sebelum ini bahawa pentingnya pemberian geran tahunan itu buat sesetengah pasukan.
"Saya ingin nyatakan geran MFL bukanlah mandatori kepada mana-mana kelab yang bertanding.
"Ia sebahagian daripada kontrak di antara pasukan yang bertanding dengan MFL.
"Kalau (gerannya) berjumlah RM1, maka itulah nilai yang akan diterima," katanya.
Jika benar ada penajaan baru buat MFL, ia kekal mencetuskan kesukaran buat pasukan kecil yang bergantung penuh kepada pemberian geran selain dijanjikan pemberian terbesar melibatkan jutaan ringgit.
Namun, harapan itu menyedihkan memandang saingan liga hampir menemui penghujung dengan berbaki empat ke lima perlawanan sahaja lagi.
"Telekom Malaysia telah menarik diri atas dasar-dasar kewangan atau sebab tertentu pada awal tahun ini.
"Berikan masa kepada pengerusi MFL, Tunku Ismail Sultan Ibrahim, untuk menyelesaikan proses masalah ini dan saya berasakan mungkin ada pengumuman terbaru dalam masa terdekat," tambahnya.
Ada juga pasukan yang masih bertahan sehingga ke hari ini atas dasar dan janji geran yang akan diberikan dalam tempoh yang akan ditetapkan tetapi sehingga ke hari ini, tiada jawapan pasti.