Skip to main content

Bola Sepak

Gelaran jadi keutamaan Hazard

edenhazard.jpg
Eden Hazard tidak peduli mengenai jaringan golnya ketika bintang Chelsea itu menyasarkan gelaran untuk dibawa ke Stamford Bridge.

Hazard menjadi perbualan utama apabila meledak gol berkualiti ketika Chelsea mengatasi Liverpool 2-1 dalam pusingan ketiga Piala EFL, semalam.

Jaringan itu merupakan gol keenam Hazard musim ini dalam semua kejohanan, lima daripadanya hadir menerusi Liga Perdana Inggeris (EPL).

Bagaimanapun, Hazard –- pemenang dua gelaran EPL, Liga Europa (UEL), Piala FA dan Piala EFL sejak tiba dari Lille pada 2012 –- lebih mengutamakan gelaran daripada jaringan gol.

"Saya tidak mempunyai sasaran bilangan gol yang perlu dijaringkan -- keutamaan saya adalah memenangi sesuatu setiap musim. Saya mahukan trofi," katanya.

"Bilangan jaringan tidak penting bagi saya. Anda mengenali saya, saya tidak kisah mengenai jaringan. Saya hanya mahu menikmati bola sepak dan memenangi perlawanan.

"Buat masa ini, saya menjaringkan gol dan semua orang melihat saya sebagai salah seorang daripada tiga pemain terbaik.

"Saya berharap dapat terus menjaringkan gol untuk perlawanan akan datang."

Hazard, yang masih belum menandatangani kontrak baru bersama Chelsea dan telah dikaitkan dengan Real Madrid, dijangka akan mengulangi persembahan cemerlang berdepan Liverpool dalam liga esok.
 

Advertisement

Must Watch Video