Kumpulan penyokong bola sepak Sarawak, Gallore Buceros 13 (GB13) menyambut baik usaha Persatuan Bola Sepak Sarawak (FAS) mengadakan upacara lafaz akujanji bebas rasuah dalam kalangan pasukan-pasukan di bawah kelolaannya.
Jurucakapnya, Awang Khairul Adzhar berkata, usaha itu diharap akan dapat melonjak integriti pasukan, dan pada masa yang sama memastikan mereka dapat beraksi sebaik mungkin.
" Kita menaruh harapan pasukan ini benar-benar bersih daripada ancaman 'bookie' dan 'urus niaga' perlawanan," katanya ketika dihubungi Stadium Astro.
Rasuah kata Khairul, bukan setakat pada 'bookie', tetapi turut melibatkan pengurusan, yang harus bertanggungjawab mengelakkan ketirisan perbelanjaan.
" Musim lalu kita telah berhadapan detik yang sukar akibat kelemahan rekod dan dokumentasi.
" Seharusnya ia menjadi pengajaran kepada kita," jelasnya lagi.
Sekarang tegasnya, adalah waktu terbaik untuk FAS melakukan pemulihan dan penambahbaikan kerana baharu melaksanakan rombakan pengurusan.
Berdasarkan perkembangan terkini, Setiausaha Agung FAS kini dipangku Setiausaha Eksekutif, Jeffry Lana selepas Razali Dolhan melepaskan jawatan untuk kembali fokus sebagai Naib Presiden.
Manakala tugas Bendahari kini dipikul Abang Abdul Rahman Abang Naim sementara pengurus pasukan Sarawak disandang Abang Wahab Rahim.
" Apabila bertukar pimpinan, maka cara bekerja juga bertukar.
" Ia harus berubah ke arah lebih baik dan lebih mantap.
Katanya, usahasama FAS dan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) yang terjalin kini juga perlu dimanfaat sepenuhnya.
" Peningkatan integriti juga boleh menjulang digniti dan prestasi pasukan, tetapi yang penting sekali
mengembalikan kepercayaan penyokong.
" Ia juga harus membantu meminimumkan ketirisan selain meningkatkan prosedur pengurusan FAS agar lebih berintegriti," tambahnya lagi.