Ketua Pegawai Eksekutif AC Milan, Ivan Gazidis, mahu melantik Paolo Maldini sebagai pengarah teknikal kelab itu susulan pengunduran Leonardo.
Semalam, Leonardo meletakkan jawatan sebagai pengarah sukan -- pada hari yang sama ketua jurulatih, Gennaro Gattuso, meninggalkan kelab Serie A itu.
Milan dijangka akan sibuk dalam jendela perpindahan pemain selepas terlepas slot kelayakan ke Liga Juara-Juara Eropah.
Gazidis pula sedang meninjau jawatan baru untuk diisi legenda kelab itu, Maldini, yang juga pengarah pembangunan dan strategi sukan pasukan berkenaan.
"Idea, bakat dan asas yang kukuh. Itu yang akan membawa Milan kembali ke puncak," kata Gazidis dalam temu bualnya dengan Gazzetta dello Sport.
"Dan saya mahukan Maldini sebagai pengarah teknikal."
Maldini -- pemegang rekod penampilan terbanyak Milan dengan 902 penampilan sepanjang 24 tahun mewakili pasukan itu -- bersara pada 2009 dan menolak tawaran jawatan belakang tabir itu pada 2016 sebelum mengambil peranan di bawah pemilik, Elliot Management, Ogos lalu.
Bekas pemain berusia 50 tahun itu berkemungkinan akan terlibat dalam pencarian ketua jurulatih baru dengan beberapa nama sudah mula dikaitkan untuk mengisi jawatan itu seperti Simone Inzaghi (Lazio), Maurizio Sarri (Chelsea) dan Marco Gaimpaolo (Sampdoria)