Skip to main content

Bola Sepak

Gattuso tinggalkan AC Milan

gattuso.jpg
Gennari Gattuso telah meninggalkan tugasnya selaku ketua jurulatih AC Milan, demikian diumumkan kelab berkenaan.

Semalam, Gattuso mendedahkan kepada akhbar Itali, La Repubblica, bahawa dia mungkin meletakkan jawatan ekoran penamat musim yang menghampakan.

Selepas disingkirkan di peringkat kumpulan dalam Liga Europa, Milan gagal memastikan slot ke Liga Juara-Juara Eropah musim depan selepas tamat di tempat kelima dalam Serie A.

Gattuso, yang pernah memenangi dua kejuaraan Serie A selain satu gelaran Liga Juara-Juara Eropah sewaktu bergelar pemain Milan, membuat keputusan untuk meninggalkan pasukan itu dan Rossoneri mengesahkan kedua-dua pihak telah mencapai persetujuan bersama.

Ketua Pegawai Eksekutif Milan, Ivan Gazidis, berkata: "Ia merupakan penghormatan buat saya untuk mengenali Rino Gattuso sepanjang enam bulan sejak saya tiba di kelab ini.

"Rino telah memberikan segala-galanya terhadap usaha kami musim ini dan telah bekerja tanpa mengenal penat lelah, sentiasa mengambil tanggungjawab penuh dan meletakkan kelab ini melebihi segala pertimbangan lain. Saya ingin mengatakannya daripada lubuk hati kami, terima kasih Rino."

Gattuso menamatkan tempoh perkhidmatannya yang bermula pada 2017 dengan kemenangan 3-2 ke atas SPAL dalam perlawanan terakhir Serie A musim ini.

Jurulatih Lazio, Simone Inzaghi, dan pengendali Sampdoria, Marco Giampaolo, merupakan dua calon pilihan untuk menggantikan tempatnya.

Sementara itu, Pengarah Sukan Milan, Leonardo, turut meninggalkan San Siro dengan laporan mendakwa dia akan kembali menyertai Paris Saint-Germain (PSG).

Advertisement

Must Watch Video