Gennaro Gattuso menegaskan khabar angin mengenai Antonio Conte sebagai sasaran AC Milan tidak memberikan kesan kepadanya tetapi sedia menerima sebarang tindakan kelab jika keputusan tidak menyebelahinya.
Bekas pengurus Juventus dan Itali, Conte, telah dikaitkan dengan perpindahan ke San Siro sejak meninggalkan Chelsea pada Julai lalu.
Milan gagal mempamerkan aksi cemerlang sejak permulaan musim ini itu dan sasaran untuk menamatkan kemarau tujuh tahun tanpa sebarang gelaran utama seakan-akan tidak mampu dihasilkan.
Menjelang aksi berdepan Sassuolo, Milan akan berusaha untuk memperbaiki rekod seri tiga kali berturut-turut dalam saingan Serie A untuk keluar daripada zon bahaya, dengan Gattuso bertekad untuk memastikan tiga mata berjaya diraih.
"Saya tidak boleh memikirkan mengenai Conte atau sesiapa yang bakal menggantikan saya," kata Gattuso.
"Saya bekerja untuk Milan. Saya akan cuba melakukan tugas saya.
"Saya mengambil keputusan dan saya bertanggungjawab sepenuhnya. Buat masa ini, saya mahu mencipta kemenangan untuk pasukan."
Gattuso, yang mengambil alih tugas Vincenzo Montella tahun lalu, menandatangani kontrak selama tiga tahun pada April lalu.